Pengenalan


TENT-EXPO adalah pameran tahunan “in-house” yang terkenal di dunia untuk acara-acara antarabangsa dan sektor struktur sementara. Pameran ini mempamerkan beraneka rangkaian sistem struktur rentang lega yang boleh didapati daripada HTS tentiQ berserta dengan paparan inovasi produk dan produk aksesori syarikat yang terbaharu. Acara ini juga menyertakan tunjuk cara dan lawatan bermaklumat ke kilang pengeluaran HTS tentiQ.

Selain daripada produk HTS tentiQ, pameran ini juga merangkumi para pembekal terkemuka bagi peralatan berkaitan industri acara yang datang dari seluruh pelosok dunia, untuk mempamerkan produk serta perkhidmatan mereka. Mereka termasuk pembekal perabot, perisian acara/inventori, pelapik dalam dan HV/AC serta banyak lagi.

Masuk adalah percuma dan pelawat akan dihidangkan dengan makanan serta minuman percuma sepanjang acara ini. Selain daripada itu, untuk mereka yang datang dari luar negara, HTS tentiQ menyediakan penginapan di hotel serta pengangkutan pergi dan balik dari lapangan terbang ke tapak pameran secara percuma.

Acara ini sudah berkembang dan kini ia menarik lebih daripada 2,000 hadirin dalam masa 4 hari berlangsungnya acara. Acara ini diadakan pada bulan November di tapak pameran khas Wächtersbach, Jerman.

Kami mengalu-alukan kedatangan anda pada tahun 2020.

Heribert Decher, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)

Galeri



TENT-EXPO Address

HTS tentiQ TENT-EXPO
Messe Wächtersbach
Main-Kinzig- Strasse
D-63607, Wächtersbach
Germany

Contact Details

HTS tentiQ
Kefenrod, D-63699
Germany
Tel: +49 (0) 60 49 95 100
Fax: +49 (0) 60 49 95 1020
Email: tentexpo@hts-tentiq.com