Sesuai Untuk

  • Ruang pameran
  • Acara promosi
  • Keraian
  • Acara sukan
  • Pameran sementara atau separa tetap



Terdapat dalam kelebaran dari

10.00m – 30.00m


Struktur Manhattan pasti akan menjadi pusat perhatian di mana-mana acara. Bukan sahaja ia menjamin daya tarikan visual yang menarik, kualiti premium dan keselesaan, ia turut menawarkan peluang penjenamaan dan promosi yang tiada tandingan pada fakad (mukaan) dan sistem dinding yang tersedia. Manhattan boleh disesuaikan dalam banyak cara dengan pelbagai panel kaca, pilihan bumbung dan dinding, tangga dan balkoni.

Anda boleh memilih unit satu tingkat atau dua tingkat dan pelbagai saiz dari 10.00m hingga 30.00m lebar dan dari 4.00m hingga 6.00m tinggi. Tiada had untuk panjang. Terdapat pilihan standard dan disesuaikan.

Komponen Utama

Rangka

Rangka dihasilkan oleh RÖDER HTS HÖCKER di Jerman dari gabungan aluminium tersadur gred tinggi dan keluli tergalvani yang tahan kakisan untuk bahagian penyambung.

 

Penutup

Dibekalkan menggunakan PVC terbaru berwarna putih kalis api yang lut cahaya atau Legap dengan sumbu rendah, amat berkilat dan anti-fungus, selaras dengan piawaian antarabangsa termasuk DIN 4102 B1, BS 5438 / 7837.

Aksesori

Tarikan visual dan keselesaan keseluruhan Manhattan meningkat dengan pelbagai pilihan tambahan dan aksesori termasuk; Alas bumbung terma tertebat, kaca berkilau Avant-Garde dan panel dinding kaca panorama, satu dan dua pintu, anak tangga di bahagian dalam, balkoni berjulur tuas, teres dan galeri pemandangan untuk unit dua tingkat. Serta lebih banyak lagi.

Pertanyaan tentang Struktur RÖDER HTS Manhattan


Galeri